Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

3. Mengolah Komposisi dan Kandungan Antaramuka Laman

Menu utama yang akan diaktifkan secara default ialah menu Insert. Pada menu ini, pelbagai media dan komposisi susun atur boleh dibuat ke atas laman web.

Memasukkan Media



Text box : Untuk memasukkan ruang teks. Teks yang dimasukkan seterusnya boleh diubah formatnya.


Images : Untuk meletakkan gambar.


Embed : Untuk memasukkan kod aturcara (widget) laman web bagi menjalankan fungsi tertentu.


Drive : Untuk memasukkan media yang ada disimpan di dalam Google Drive seperti gambar, video dan dokumen.


Menyusun Blok Kandungan







Blok kandungan ini akan memudahkan pengguna untuk membuat susun atur kandungan (seperti gambar dan teks) menggunakan susunan baris dan lajur.


Lain-lain susunan  dan kandungan



Sebagai tambahan, menu-menu seperti di sebelah turut disediakan bagi membolehkan pengguna memasukkan fungsi-fungsi unik (termasuk widget) ke dalam laman web.


Ini membolehkan pengguna menghasilkan laman web  yang lebih interaktif dan menarik.