Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

4. Komposisi Muka Laman Web

  1. Klik pada tajuk dokumen dan masukkan nama laman web yang hendak dibina. Nama dokumen ini turut akan dipaparkan pada ruang kepala (header) laman web.


  1. Masukkan tajuk laman muka utama. Ruang ini digelar sebagai banner laman web.


  1. Klik menu Image untuk mengubah gambar latar banner.


Upload : Untuk memuat naik gambar latar


Select : Untuk memasukkan gambar dari koleksi sedia ada (Drive) atau melalui carian (Google Image Search)

  1. Klik Image > Select > Google Images > Search. Buat carian gambar yang sesuai untuk latar utama ini. Klik gambar yang dikehendaki dan klik Insert.


  1. Gambar latar ini akan dipaparkan dengan pengubahsuaian warna secara otomatik. Klik kepada Header Type untuk mengubahsuai saiz latar banner ini (sekiranya perlu)


  1. Header type membolehkan paparan tajuk laman dan latarnya diubahsuai seperti berikut


Cover : Penuh seluruh laman

Large banner : Saiz besar (default)

Banner : Saiz lebih kompak

Title only : Tajuk sahaja tanpa latar

Untuk contoh ini, tukar kepada Large Banner.

  1. Untuk contoh ini, kita akan masukkan beberapa gambar serta keterangan di bawah banner. Masukkan blok kandungan jenis 3 kolum.


  1. Klik butang + pada kotak media dan klik Select Image. Buat carian dan masukkan gambar yang bersesuaian. Ulang langkah ini untuk memasukkan 2 gambar seterusnya.


  1. Masukkan tajuk atau teks yang bersesuaian dengan gambar tadi.

  1. Skrol ke bawah laman dan klik + Add Footer.



  1. Masukkan teks Hakcipta di ruangan footer ini. Pautan kepada media sosial juga boleh dimuatkan di ruangan ini jika perlu.