Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

8. Halaman Hubungi Kami (Contact)

Bagi memastikan halaman untuk pertanyaan atau komentar ini berfungsi baik, beberapa fungsi asas yang bersesuaian boleh ditambahkan kepadanya. Antara fungsi yang biasa dimasukkan ialah: peta navigasi, alamat dan nombor perhubungan, serta borang untuk maklumbalas.


  1. Aktifkan (pergi ke) laman Hubungi Kami yang telah dibuat sebelum ini.


  1. Aktifkan menu Insert. Masukkan Content Blocks 2 kolum.


  1. Klik butang + pada kolum pertama dan pilih Map untuk memasukkan fungsi peta navigasi.



  1. Masukkan lokasi peta untuk carian. Zoom peta ini dan kemudian klik Drop a placemark untuk menanda lokasi alamat perhubungan. Kemudian klik Select.


  1. Masukkan alamat dan nombor perhubungan di bawah peta ini dan buat formating yang bersesuaian untuk paparan teks.


  1. Klik kotak atas kolum ke 2 dan padamkan (pilih Remove).


  1. Klik Form pada menu Insert untuk memasukkan borang.


  1. Sekiranya akaun Google ini belum pernah digunakan untuk menghasilkan borang (form), paparan seperti berikut akan kelihatan. Oleh itu, borang maklumbalas yang hendak digunakan perlu disediakan (dibina) terlebih dahulu.


  1. Buka tab baru pada pelayar web.


  1. Masukkan URL forms.google.com



  1. Pada dashboard Google Forms, klik + Blank Form


  1. Masukkan tajuk untuk borang ini.


  1. Taipkan panduan penggunaan borang pada ruang Form Description.


  1. Pada bahagian soalan, klik butang jenis soalan untuk menukar jenisnya.


  1. Ambil jenis soalan Short answer


  1. Masukkan teks Nama pada ruang soalan ini.


  1. Klik butang + di sebelah kanan borang untuk menambah soalan seterusnya.


  1. Pilih soalan jenis Short answer dan masukkan teks Email pada ruang soalan. 


  1. Klik butang + untuk menambah soalan seterusnya.


  1. Pilih jenis soalan Dropdown. Masukkan teks Jenis Respon pada ruang soalan. Masukkan teks 1. Pertanyaan dan 2. Komentar pada ruang Option (senarai dropdown list)


  1. Klik butang + untuk menambah soalan seterusnya.


  1. Pilih jenis soalan Paragraph. Masukkan teks Keterangan pada ruang soalan.


  1. Klik butang Preview untuk melihat hasil borang yang telah dibuat.


  1. Semak borang ini untuk sebarang pembetulan atau pengubahsuaian jika perlu. Borang ini tidak perlu disimpan kerana ia sudahpun disimpan secara otomatik oleh Google.


  1. Borang ini akan kita gunakan untuk dipaparkan di laman Hubungi Kami. Buka kembali laman Google Sites tadi. Klik butang refresh pada halaman Hubungi Kami.


  1. Borang ini akan dipaparkan dalam senarai Forms. Pilih borang ini dan klik Insert


  1. Alihkan borang ini ke lokasi yang bersesuaian. Untuk contoh ini, borang akan dialihkan ke bahagian atas kolum 2.



  1. Pastikan kotak berwarna biru seperti di bawah kelihatan semasa mengalihkan lokasi borang. Lihat pada garis tebal kotak untuk menunjukkan lokasi baru borang. Saiz borang juga boleh diubahsuai sekiranya perlu terutama jika ada bahagian yang mungkin terpotong (tidak kelihatan).


  1. Lebihan item pada kolum juga boleh dibuang jika tidak diperlukan. Pilih item dan klik butang Remove.


  1. Berikut adalah contoh laman Hubungi Kami yang telah siap diubahsuai.