SMP10033-APLIKASI PERISIAN GRAFIK (SEM 1)

Selamat datang ke kelas Aplikasi Perisian Grafik! 

Saya sangat teruja untuk bersama anda semua dalam perjalanan kreatif ini. Sepanjang semester ini, kita bukan sahaja akan belajar teori, tetapi kita akan terus 'turun padang' menguasai perisian suntingan imej dan grafik vektor yang digunapakai oleh para profesional di luar sana.

Di sini, kita akan belajar bagaimana nak tukarkan idea biasa-biasa menjadi sebuah reka bentuk yang luar biasa dan laku keras di pasaran. Jangan risau kalau anda masih 'zero' tentang grafik—kelas ini direka untuk membimbing anda dari langkah pertama. Sediakan kreativiti anda, jangan takut untuk bereksperimen (lagipun butang Ctrl+Z kan ada!), dan mari kita hasilkan karya yang hebat bersama-sama!


SVK10022-SEJARAH SENI (SEM 1)

SINOPSIS: 

        Kursus Sejarah Seni ini merangkumi pengenalan kepada seni pra sejarah, seni kuno Mesir, seni pada zaman pertengahan, sejarah seni barat dan perkembangan seni visual di Malaysia. Pelajar akan menelusuri pelbagai jenis karya, aliran, perbandingan budaya, kepercayaan dan falsafah dalam sesebuah karya seni. Pelajar juga akan mempelajari nama-nama tokoh seni negara yang banyak menyumbang perkembangan dan aliran seni yang signifikan di Malaysia.

SVK10033-ASAS BAHAN DAN PERALATAN (SEM 1)

Asas Bahan dan Peralatan memerlukan pelajar memahami dan mengetahui bahan dan peralatan produk seramik serta produk batik. Pelajar perlu menghasilkan sampel produk daripada produk seramik dan batik. Pelajar perlu memahami proses dan cara mengandalikan bahan serta peralatan produk seramik dan produk batik. Laporan perlu dibuat untuk merekodkan proses-proses penghasilan sampel produk seramik serta produk batik berdasarkan kreativiti mereka.

SVK30104-PENJENAMAAN PRODUK (SEM 3)

Kursus Penjenamaan Produk ini memerlukan pelajar menghasilkan serta membentangkan satu (1) concept board mengenai jenama produk mereka. Hasil concept board ini berdasarkan hasil kajian terhadap penjenamaan produk mereka. Pelajar perlu menghasilkan identiti korporat produk mereka di dalam bentuk tugasan bagi merekod hasil kajian serta lakaran perkembangan idea penjenamaan produk mereka. Pelajar perlu membuat product review dengan menerapkan pengetahuan serta kreativiti mereka di dalam penjenamaan produk mereka.