Kostum dan Budaya adalah merupakan kursus yang mendedahkan pelajar kepada sejarah dan perkembangan berkaitan kostum dan budaya di seluruh negara di dunia. Pelajar juga dapat mempelajari teknik-teknik pembuatan dan penghasilan kostum budaya salah sebuah negara di Benua Asia.
- Teacher: HANUMBAIZURA BINTI ABD HAMID
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Pakaian Lelaki ini memperkenalkan kepada pelajar tentang proses pembuatan pakaian lelaki. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki membincangkan tentang sejarah dan ciri-ciri pakaian lelaki khususnya sepasang Baju Melayu Cekak Musang dan Kemeja Lelaki. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian lelaki mengikut proses kerja yang betul. Pengekosan perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.
- Teacher: NOR SURIATI BINTI ABDUL MUTALIB
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Pakaian Kontemporari Wanita ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang penghasilan pakaian kontemporari wanita mengikut peredaran masa kini. Rekaannya adalah lebih ringkas dengan gabungan ciri dan stail terkini. Pelajar akan diberi penekanan dalam penyediaan pola, memotong fabrik dan mencantum bahagian-bahagian dengan prosedur dan teknik yang betul. Untuk kursus ini para pelajar akan menghasilkan pakaian kontemporari wanita Baju Kurung Moden beserta Kain Potongan Duyung dan Gaun Semi-Formal
- Teacher: NUZULMAIZATUL AFINIE BINTI MOHAMMAD AYOB
- Enrolled students: 5
Busana Warisan ini memperkenalkan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai pakaian tradisional Baju Kurung Riau Pahang dan Kain Belah Selisih serta Kebaya Kota Bharu dan Kain Wiron. Pada peringkat awal kursus ini, pelajar perlu mengenal pasti sejarah dan ciri-ciri busana warisan tersebut. Seterusnya, pelajar perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit busana warisan tersebut mengikut langkah kerja yang betul. Portfolio yang lengkap berkaitan proses penghasilan kedua-dua busana warisan dan pengekosan pakaian yang telah siap dijahit juga perlu disediakan oleh pelajar.
- Teacher: ELIZA FITRIA BINTI AIDIL FITRI
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Senireka Fesyen 2 ini memerlukan pelajar menghasilkan rekaan akhir sekurang-kurangnya satu (1) helai. Hasil rekaan ini menggambarkan idea reka bentuk berdasarkan sumber inspirasi dan kajian terhadap tren terkini yang dilakukan pada semester sebelumnya di dalam kursus Senireka Fesyen 1. Pelajar perlu membuat pola dan menjahit pakaian rekaan akhir dengan menerapkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Laporan perlu dibuat untuk merekodkan semua proses penghasilan rekaan merangkumi item kajian dan perkembangan idea yang disampaikan melalui penghasilan portfolio yang dibuat secara kreatif.
- Teacher: NUZULMAIZATUL AFINIE BINTI MOHAMMAD AYOB
- Enrolled students: 5
Kursus Pakaian Tradisional Wanita ini memperkenalkan tentang proses pembuatan pakaian tradisional wanita. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki mengenalpasti sejarah Pakaian Tradisional Wanita. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit Pakaian Tradisional Wanita mengikut langkah kerja yang betul. Laporan yang lengkap dengan proses penghasilan Baju Kurung Pesak Buluh dan Kain Ombak Mengalun serta Baju Kebaya Tradisional dan Kain Lipat Batik beserta lembaran kos perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.
- Teacher: ELIZA FITRIA BINTI AIDIL FITRI
- Enrolled students: 9
Kursus Pembuatan Pakaian Wanita ini mendedahkan kepada pelajar tentang asas teori dan amali mengenai pembuatan pakaian wanita iaitu skirt dan blaus. Pada peringkat permulaan kursus ini, pelajar mengenalpasti definisi dan ciri-ciri skirt dan blaus. Selain daripada itu pelajar perlu menghasilkan pakaian mengikut proses-proses pengeluaran pakaian bermula dari membuat lukisan kerja, penyediaan pola, memotong fabrik sehingga ke proses mencantum bahagian-bahagian pakaian dengan prosedur dan teknik yang betul.
- Teacher: SITI ZAINE BINTI ZAINAL ABIDIN
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Senireka Fesyen 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam senireka fesyen. Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio.
HASIL PEMBELAJARAN
| Kod CLO | Keterangan |
|---|---|
| CLO1 | mengenalpasti istilah, perkembangan fesyen, elemen, prinsip dan kajian dalam seni reka fesyen ( C2 , PLO 1 ). |
| CLO2 | melakar idea kreatif rekaan akhir mengikut konsep dan trend fesyen terkini ( P4 , PLO 2 ). |
| CLO3 | memaparkan portfolio kreatif berdasarkan penetapan konsep ( A3 , PLO 3 ). |
| Kod PLO | Keterangan |
|---|---|
| PLO1 | Menerangkan dan mengaplikasi pengetahuan asas dan peralatan termasuk kemahiran numerasi dalam bidang fesyen dan pakaian. |
| PLO2 | Menunjukkan kemampuan melaksanakan tugas berdasarkan arahan termasuk penggunaan media digital, teknologi dan pelbagai teknik antara media dalam fesyen dan pakaian. |
| PLO3 | Menunjukkan komunikasi dan berinteraksi dengan rakan, pelanggan, pihak atasan dan masyarakat di dalam persekitaran yang berkaitan dengan pekerjaan fesyen dan pakaian. |
| PLO4 | Menunjukkan tanggungjawab dengan komitmen terhadap amalan profesional dan etika termasuk mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan, keselamatan dan persekitaran dalam melaksanakan arahan yang berkaitan dengan fungsi. |
| PLO5 | Menunjukkan inisiatif untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran keusahawanan dalam aplikasi fesyen dan pakaian. |
- Teacher: ELIZA FITRIA BINTI AIDIL FITRI
- Teacher: SITI ZAINE BINTI ZAINAL ABIDIN
- Enrolled students: 10
Kajian Fabrik memperkenalkan klasifikasi fabrik mengikut jenis gentian iaitu gentian asli dan gentian buatan yang sering digunakan dalam pembuatan pakaian. Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan tentang ciri, jenis dan sumber gentian berkenaan sesuatu fabrik. Kursus ini juga memberi pengetahuan mengenai pembinaan fabrik.
- Teacher: NOR SURIATI BINTI ABDUL MUTALIB
- Teacher: NUZULMAIZATUL AFINIE BINTI MOHAMMAD AYOB
- Enrolled students: 10
Ilustrasi Fesyen Digital memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses dan teknik melukis ilustrasi dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools) di dalam perisian digital. Pelajar mempamerkan kemahiran teknikal dan kemahiran digital dengan mengeksplorasi idea dan teknik untuk menghasilkan hasil kerja mengikut kreativiti dan gaya tersendiri pelajar.
- Teacher: HANUMBAIZURA BINTI ABD HAMID
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.




