Enrolment options
Kursus Senireka Fesyen 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam senireka fesyen. Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio.
HASIL PEMBELAJARAN
| Kod CLO | Keterangan |
|---|---|
| CLO1 | mengenalpasti istilah, perkembangan fesyen, elemen, prinsip dan kajian dalam seni reka fesyen ( C2 , PLO 1 ). |
| CLO2 | melakar idea kreatif rekaan akhir mengikut konsep dan trend fesyen terkini ( P4 , PLO 2 ). |
| CLO3 | memaparkan portfolio kreatif berdasarkan penetapan konsep ( A3 , PLO 3 ). |
| Kod PLO | Keterangan |
|---|---|
| PLO1 | Menerangkan dan mengaplikasi pengetahuan asas dan peralatan termasuk kemahiran numerasi dalam bidang fesyen dan pakaian. |
| PLO2 | Menunjukkan kemampuan melaksanakan tugas berdasarkan arahan termasuk penggunaan media digital, teknologi dan pelbagai teknik antara media dalam fesyen dan pakaian. |
| PLO3 | Menunjukkan komunikasi dan berinteraksi dengan rakan, pelanggan, pihak atasan dan masyarakat di dalam persekitaran yang berkaitan dengan pekerjaan fesyen dan pakaian. |
| PLO4 | Menunjukkan tanggungjawab dengan komitmen terhadap amalan profesional dan etika termasuk mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan, keselamatan dan persekitaran dalam melaksanakan arahan yang berkaitan dengan fungsi. |
| PLO5 | Menunjukkan inisiatif untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran keusahawanan dalam aplikasi fesyen dan pakaian. |
- Teacher: ELIZA FITRIA BINTI AIDIL FITRI
- Teacher: SITI ZAINE BINTI ZAINAL ABIDIN
- Enrolled students: 10