Sistem kawalan elektro pneumatik dan elektro hidraulik digunakan secara meluas dalam sistem pengeluaran, pemasangan, farmaseutikal, pembuatan dan pembungkusan. Sehubungan itu, kursus Elektro Pneumatik dan Elektro Hidraulik ini mendedahkan para pelajar kepada konsep dan prinsip kerja sistem kawalan elektro-pneumatik dan elekto hidraulik. Para pelajar juga diberikan pendedahan kepada kemahiran membina litar elektro pneumatik dan elektro hidraulik dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk mengenal simbol - simbol piawai komponen, fungsi-fungsi komponen, melakar litar skematik diagram, pemasangan litar dan penyelenggaraan. Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh kemahiran membina sistem kawalan elektro pneumatik dan elektro hidraulik secara kritis dan kreatif.
- Teacher: ROSILA BINTI ADNAN
- Enrolled students: 19
Kursus Pemesinan Computer Numerical Control (CNC)Milling direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai proses pemesinan CNC Milling. Ia merangkumi pengetahuan dalam kod G&M, pengaturcaraan, penetapan konfigurasi mesin dan pelaksanaan pemesinan CNC Milling. Pelajar turut dilatih melaksanakan kerja dengan beretika dan profesional mengikut standard operasi piawai yang ditetapkan.
- Enrolled students: 38
