Kursus Lukisan Kejuruteraan direka bentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan lukisan kejuruteraan. Ini termasuklah penghasilan lukisan geometri, lukisan unjuran ortografik, lukisan isometrik, pandangan keratan dan simbol-simbol dalam lukisan kejuruteraan. Kemahiran ini amat berguna untuk memenuhi keperluan kursus Lukisan Terbantu Komputer (CAD 2D) dan keperluan kerja di industri.
- Teacher: KHALILULRAHIM BIN AHMAD
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Pemesinan Computer Numerical Control (CNC)Milling direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai proses pemesinan CNC Milling. Ia merangkumi pengetahuan dalam kod G&M, pengaturcaraan, penetapan konfigurasi mesin dan pelaksanaan pemesinan CNC Milling. Pelajar turut dilatih melaksanakan kerja dengan beretika dan profesional mengikut standard operasi piawai yang ditetapkan.
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Programmable Logic Controller (PLC) mengandungi pembelajaran dan latihan bagi melaksanakan kawalan sistem PLC. Dalam kursus ini pelajar didedahkan dengan teori dan praktikal mengenai simbol-simbol piawai komponen, fungsi-fungsi komponen input output serta kaedah untuk membina program PLC. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembinaan sistem PLC, bermula kaedah memprogramkan PLC dan melakukan pemasangan input dan output pada PLC sehingga PLC dapat berfungsi dalam menjalankan satu sistem.
- Teacher: KHAIRULBADRI BIN AHMAD
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
Kursus Lukisan Terbantu Komputer CAD 3D direka bentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan Lukisan Kejuruteraan. Kemahiran ini termasuk penghasilan Lukisan Komponen (CAD 3D) dan Lukisan Pemasangan (CAD 3D). Kemahiran ini berguna untuk memenuhi keperluan kerja industri sebagai pereka bentuk produk mekanikal
- Enrolled students: 28



