Automotive bannerProgram ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajar dan pengajaran mengenai komponen kenderaan, enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan penyamanan udara kenderaan. Selain itu mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, Teknologi Hijau, Pengurusan Enjin, Servis Asas Kenderaan, Rombak Rawat Enjin dan Teknologi Woksyop.