SOP10263-HOTEL AND RESORT RECREATION (SEM 1)

Kursus Hotel and Resort Recreation direka bentuk bagi menerangkan tentang operasi harian dalam Jabatan Rekreasi di hotel dan juga resort. Melalui kursus ini, pelajar didedahkan dengan realiti tugas seorang petugas di Jabatan Rekreasi. Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan kemahiran pengurusan kaunter rekreasi, pengurusan kolam renang, asas pertolongan cemas dan peralatan keselamatan serta aktiviti indoor dan outdoor di hotel dan resort. Pada akhir kursus, pelajar akan memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas di Jabatan Rekreasi dengan cekap dan profesional.

SOP10242-RESTAURANT CONCEPT CREATION (SEM 1)
Kursus Restaurant Concept Creation direka bentuk bagi memberikan gambaran tentang asas operasi sesebuah restoran. Pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada front of the house dan back of the house dalam operasi restoran. Kursus ini membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran berkaitan konsep, reka bentuk dan susun atur dalam operasi restoran. Melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif, pelajar dapat menggunakan asas aplikasi digital dalam menghasilkan menu planning dan menu design layout berdasarkan konsep sesebuah restoran yang mengikuti trend semasa. 
SOP10233-FUNDAMENTAL OF TOURISM AND HOSPITALITY (SEM 1)

Kursus Fundamentals of Hospitality Industry mendedahkan pelajar kepada asas, kepentingan dan ciri-ciri industri hospitaliti. Pelajar mempelajari mengenai sektor penginapan, sektor makanan dan minuman serta sektor rekreasi. Kursus ini menerangkan perbezaan antara industri hospitaliti dan pelancongan. Selain daripada itu, pelajar juga diperkenalkan kepada prospek kerjaya serta peluang dan cabaran dalam industri hospitaliti. Kursus ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka sektor hospitaliti secara umumnya melalui kaedah pembelajaran yang interaktif.

SOP30363 - PERSONAL DEVELOPMENT FOR HOTELIER ( SEM 3 )

Kursus Personal Development for Hotelier direka bentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang personal grooming, social etiquette, pengurusan diri dan motivasi, persediaan alam pekerjaan dan personnel management sebagai kerjaya seorang hotelier. Pelajar diberikan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus persekitaran pekerjaan yang dinamikserta sentiasa berubah mengikut trend terkini dalam industri perhotelan. Secara khusus, kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran kendiri, keyakinan dan motivasi diri serta pengurusan masa yang berkesan sebelum menempatkan diri dalam kerjaya sebenar di industri perhotelan.

SOP30343 - BASIC ACCOUNTING ( SEM 3 )

Kursus Basic Accounting direka bentuk untuk memberi kefahaman berkaitan konsep dan prinsip asas perakaunan dalam merekod transaksi perniagaan berdasarkan situasi dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Melalui kursus ini juga pelajar dapat mempelajari pengurusan dokumen sumber, merekod jurnal, merekod lejar berdasarkan teknik catatan bergu, menyediakan imbangan duga sekaligus mentafsir data dalam penyata kewangan perniagaan. Kursus ini dapat memantapkan pengetahuan serta kemahiran numerasi pelajar melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan tutorial sepanjang tempoh pengajian.