SPA30143 - PELANCONGAN MALAYSIA

Kursus ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada sejarah dan sistem pentadbiran di Malaysia. Pelajar akan didedahkan kepada asas industri pelancongan, sistem pentadbiran, aktiviti ekonomi, bangsa, budaya, tarikan pelancongan serta faktor tarikan dan tolakan pelancong khususnya di Malaysia. Kursus ini ditawarkan dalam modul yang pertama bagi memberikan asas pengetahuan kepada pelajar berkaitan pelancongan di Malaysia untuk diaplikasi dalam kursus seterusnya.

SPA10193 - ETIKET DAN PROTOKOL DALAM ACARA

Kandungan kursus merangkumi konsep etiket dan protokol, komunikasi profesional, penampilan diri, bahasa badan, perbualan sosial, , dan tatacara pengendalian majlis formal bagi membentuk kemahiran profesional dalam pengendalian acara.

SPA30013 - FASILITI ACARA

Kursus Fasiliti Acara ini dibina untuk memperkenalkan pelajar kepada peralatan dan kemudahan asas yang digunakan dalam bidang acara bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan jenis fasiliti dan keperluannya di tempat acara, mengetahui keperluan peralatan untuk teknikal dan pentas, melaksanakan persiapan peralatan untuk acara dan mengamalkan aspek keselamatan di tempat acara.