
DESSERT menerangkan pengetahuan berkaitan bahan dan peralatan dalam penghasilan pelbagai jenis dessert. Antara
produk dessert yang akan dipelajari adalah seperti bavarians, mousse, puddings, custards dan frozen desserts.
Di samping itu, kursus ini memberi fokus kepada seni persembahan dan hiasan dessert bagi memastikan produk yang terhasil
memenuhi cita rasa serta mempunyai tarikan visual yang unik dan kreatif. Selain itu, pelajar didedahkan dengan pengetahuan
mengaplikasi idea pengkomersialan produk dessert.
- Teacher: AINA SYAFIQAH BINTI ABD GHAFFAR
- Enrolled students: 19
CHOCOLATE AND CONFECTIONERY direka bentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada kemahiran menghasilkan
produk coklat dan konfeksioneri berdasarkan keperluan industri. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan
penghasilan pelbagai jenis produk coklat dan konfeksioneri seperti pralines, bonbon, chocolate showpiece, petit four,
marshmallow, nougat dan hiasan coklat. Pelajar juga didedahkan dengan minda keusahawanan bagi memperkasakan potensi
menjadi usahawan coklat.
- Teacher: AINA SYAFIQAH BINTI ABD GHAFFAR
- Enrolled students: 19
Food Costing for Recipe Development direka bentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pengiraan matematik
dalam bidang kulinari dan pengurusan perkhidmatan makanan. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran numerasi
dalam aktiviti menyukat dan menimbang bahan, mengubah suai resipi standard, serta menentukan kos makanan dan harga jualan,
bagi memenuhi keperluan kerja yang selaras dengan permintaan industri.
- Teacher: AINA SYAFIQAH BINTI ABD GHAFFAR
- Enrolled students: 19
BASIC PASTRY memberi pendedahan kepada teori dan konsep asas dalam penghasilan pelbagai produk pastri. Melalui kursus
ini, pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh menerusi latihan amali dalam penyediaan produk seperti pie, tart,
cookies dan choux paste menggunakan kaedah yang betul. Di samping kemahiran teknikal, kursus ini turut menekankan
kepentingan kemahiran komunikasi dalam kerja berpasukan, penyampaian maklumat, serta penyelesaian masalah semasa proses
penyediaan produk.
- Teacher: AINA SYAFIQAH BINTI ABD GHAFFAR
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.



