MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM SESI II 2526 KKMP

Pendidikan Islam disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan kursus ini berasaskan kepada konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.


PENDIDIKAN MORAL  SESI II 2526 KKMP

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

KEUSAHAWANAN SESI II 2526 KKMP

SINOPSIS

KEUSAHAWANAN ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

HPK1 : menerangkan nilai-nilai keusahawanan dalam dunia perniagaan. (A1, CLS3b)

HPK2 : mengambil bahagian dalam simulasi perniagaan secara offline dan online melalui campuran pemasaran.(A2, CLS4)

HPK3 : melaporkan pengiraan Untung Rugi dari perniagaan yang telah dijalankan secara berkesan. (A2, CLS3c)