SUG10022 Pematuhan Teknologi Hijau

Kursus Pematuhan Teknologi Hijau dibangunkan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang integrasi pengetahuan, kemahiran, amalan dan pematuhan hijau selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti mampan yang berkaitan dalam mencapai SDGs yang turut merangkumi inovasi, daya maju dan mengekalkan sumber semula jadi. Pelajar juga akan mempelajari bidang lain yang menggunakan teknologi hijau seperti tenaga, pengangkutan, bangunan, air dan pengurusan sisa.

STK20223 Cosmetic Science

Kursus COSMETIC SCIENCE direkabentuk bagi memberi pendedahan yang luas kepada pelajar terutamanya tentang pengetahuan berkaitan melalui sesi teori dan amali. Pelajar didedahkan pengetahuan tentang bagaimana sesuatu produk kosmetik dihasilkan. Pelajar juga akan dibimbing tentang proses penyediaan produk kosmetik mengikut peraturan kesihatan di laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, para pelajar akan mempelajari cara mengamalkan pendekatan beretika dalam penyediaan produk kosmetik.

STK 20083 MANICURE AND PEDICURE TREATMENT

Manicure and Pedicure Treament ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan spa tangan dan spa kaki mengikut prosedur yang betul. Pelajar didedahkan kepada kemahiran pelbagai disiplin agar mereka kompeten dalam penggunaan peralatan yang digunakan serta rawatan bagi perkhidmatan penjagaan  tangan dan kaki. 

ANATOMY AND PHYSIOLOGY

Anatomy and Physiology memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem organ dalam badan manusia. Kursus ini memberi pendedahan tentang pelbagai organ yang membentuk setiap sistem dan fungsi organ tersebut. Kefahaman mengenai anatomi dan fisiologi akan membentuk asas pengetahuan pelajar mengenai struktur badan dan fungsinya dalam melakukan rawatan.

STK30153 URUTAN MALAYSIA

Urutan Malaysia menerangkan kepentingan pelaksanaan dalam menjaga kesejahteraan tubuh badan. Selain daripada itu, pelajar didedahkan dengan bahan dan peralatan yang digunakan serta fungsinya. Pelajar akan mengetahui kontra indikasi sebelum melaksanakan urutan tersebut. Seterusnya, pelajar juga akan didedahkan dengan teknik dan prosedur yang perlu dituruti dalam melaksanakan urutan ini.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
STK10193 Manicure and Pedicure Treatment

Kursus MANICURE AND PEDICURE direka bentuk bagi memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan spa tangan dan spa kaki mengikut prosedur yang betul. Pelajar didedahkan kepada pelbagai kemahiran disiplin agar mereka kompeten dalam penggunaan peralatan dan bahan yang digunakan dalam perkhidmatan penjagaan tangan dan kaki.

STK10162 SPA CONCEPT

Kursus SPA CONCEPT memberi pendedahan kepada pelajar mengenai jenis - jenis operasi perkhidmatan spa. Pelajar akan mempelajari syarat standard spa yang digunapakai di dalam negara. Kemahiran asas keusahawanan diutamakan dalam memulakan pembukaan spa dengan pendedahan penggunaan media sosial dan strategi pemasaran online.

STK10173 BEAUTICIAN ETIQUETTE

Kursus BEAUTICIAN ETIQUETTE direkabentuk bagi membangunkan profesionalisme diri pelajar dalam membuat persediaan mereka untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam berkomunikasi semasa pengajian atau ketika di alam pekerjaan. Kursus ini juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkomunikasi dengan pelanggan bukan sahaja melalui percakapan tetapi turut merangkumi proses interaksi lain seperti mendengar, membaca, menulis serta body language.

Selain itu, keterampilan diri dan personaliti yang menarik juga adalah merupakan aset bernilai kepada seseorang. Kursus ini ditawarkan dalam semester pertama yang membolehkan pelajar mempraktikkan dalam kursus-kursus lain di semester akan datang.

STK10183 SPA HYGIENE AND SAFETY

Kursus SPA HYGIENE AND SAFETY direka bentuk bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kebersihan dan

keselamatan sebagai seorang Juruterapi Kecantikan dan Spa dalam melaksanakan rawatan di spa. Kursus ini memberi kefahaman

tentang kebersihan dan keselamatan yang berkaitan dengan pencegahan penyakit, pemeliharaan, peningkatan serta keselamatan diri

juruterapi dan pelanggan.