PENGAJIAN MALAYSIA
APLIKASI KOMPUTER
PENDIDIKAN ISLAM
COMMUNICATIVE ENGLISH
WORKPLACE ENGLISH
BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA KEBANGSAAN A menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar, serta meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi.

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

KEUSAHAWANAN

KEUSAHAWANAN ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan asas keusahawanan kepada semua pelajar. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini dapat membantu pelajar menceburi bidang keusahawanan setelah menamatkan bidang pengajian.

PENDIDIKAN ISLAM