BAHAN PEMBINAAN ini direkabentuk sebagai asas bagi pelajar untuk mengenali
dan mengetahui tentang jenis-jenis bahan binaan yang digunakan untuk pembinaan. Ia
akan memberi penekanan kepada jenis dan fungsi simen, fungsi batu baur dalam
konkrit, sifat-sifat konkrit segar dan keras, reka bentuk campuran konkrit, dan
pembuatan konkrit di tapak. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada sifat kayu, jenis
dan ciri-ciri bata dan blok konkrit, logam dan bukan logam.
Pelajar turut melaksanakan ujian-ujian yang berkaitan bagi mengenalpasti kualiti
bahan binaan tersebut.