SENIREKA FESYEN 1

SINOPSIS KURSUS

Kursus Senireka Fesyen 1 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang istilah, perkembangan fesyen, elemen dan prinsip dalam senireka fesyen.  Pelajar juga didedahkan dengan cara menghasilkan idea kreatif rekaan fesyen berdasarkan kajian perkembangan fesyen terkini dan mempersembahkan hasil rekaan akhir serta proses-proses rekaan tersebut melalui portfolio. 

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):  

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:          

CLO 1:Mengenalpasti istilah, perkembangan fesyen, elemen, prinsip dan kajian dlm seni reka fesyen (C2 , PLO 1) 

CLO 2:Melakar idea kreatif rekaan akhir mengikut konsep dan trend fesyen terkini (P4 , PLO 2)

CLO 3:Memaparkan portfolio kreatif berdasarkan penetapan konsep (A3 , PLO 3)