KKTI | STD30103 PORTFOLIO

Kursus ini ditawarkan untuk membantu pelajar mengumpul semula projek-projek terdahulu dalam penyediaan portfolio dan showreel dengan memanfaatkan pelbagai jenis media dan teknologi terkini yang relevan mengikut industri reka bentuk dan kreatif. Selain itu pelajar juga akan diberi pendedahan untuk mempamerkan hasil portfolio masing-masing dalam persembahan akhir.