SENIREKA 2 SESI I KKMP

SINOPSIS:

Senireka Fesyen 2 ini memerlukan pelajar menghasilkan rekaan akhir sekurangkurangnya satu (1) helai. Hasil rekaan ini menggambarkan idea reka bentuk berdasarkan sumber inspirasi dan kajian terhadap tren terkini yang dilakukan pada semester sebelumnya di dalam kursus Senireka Fesyen 1. Pelajar perlu membuat pola dan menjahit pakaian rekaan akhir dengan menerapkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Laporan perlu dibuat untuk merekodkan semua proses penghasilan rekaan merangkumi item kajian dan perkembangan idea yang disampaikan melalui penghasilan portfolio yang dibuat secara kreatif.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): 

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 

CLO 1 : mendraf pola rekaan akhir dengan kaedah manipulasi pola ( P3 , PLO 2 ) 

CLO 2 : menghasilkan pakaian mengikut rekaan akhir dengan menggunakan peralatan dan bahan serta langkah menjahit yang sesuai ( P4 , PLO 2 ) 

CLO 3 : mempersembahkan portfolio dengan mengumpulkan proses projek akhir ( A3 , PLO 3 )