PAKAIAN LELAKI SESI I KKMP

SINOPSIS:

Kursus Pakaian Lelaki ini memperkenalkan kepada pelajar tentang proses pembuatan pakaian lelaki. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki membincangkan tentang sejarah dan ciri-ciri pakaian lelaki khususnya sepasang Baju Melayu Cekak Musang dan Kemeja Lelaki. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian lelaki mengikut proses kerja yang betul. Pengekosan perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS/ COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO): 

Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 

CLO 1 : mengenalpasti sejarah pakaian lelaki secara jelas ( C2 , PLO 1 ) 

CLO 2 : mendraf pola pakaian lelaki mengikut aturan yang ditetapkan ( C3 , PLO 1 ) 

CLO 3 : menghasilkan pakaian lelaki mengikut langkah menjahit yang betul ( P3 , PLO 2 )