PAKAIAN LELAKI

Kursus Pakaian Lelaki ini memperkenalkan kepada pelajar tentang proses pembuatan pakaian lelaki. Pada peringkat permulaan, pelajar dikehendaki membincangkan tentang sejarah dan ciri-ciri pakaian lelaki khususnya sepasang Baju Melayu Cekak Musang dan Kemeja Lelaki. Pelajar juga perlu mendraf pola, memilih fabrik yang sesuai, membuat susun atur pola, menggunting fabrik dan menjahit pakaian lelaki mengikut proses kerja yang betul. Pengekosan perlu dibuat oleh pelajar setelah pakaian siap dijahit.