Pengenalan Program SVM

Sijil Teknologi Penyenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri. Struktur program ini merangkumi modul keselamatan bengkel, teknologi bengkel, sistem bahan api, sistem roda, pemeriksaan dan servis asas motosikal, sistem brek, sistem pacuan akhir, analisa kerosakan enjin, sistem klac, sistem gantungan dan stereng, sistem elektrik enjin motosikal, khidmat pelanggan, sistem transmisi, sistem pengurusan enjin, rombak rawat kepala silinder dan rombak rawat enjin.

PROSPEK KERJAYA 

Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam penyenggaraan motosikal berkuasa tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam teknologi automotif. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah: 

a. mekanik
b. juruteknik servis motosikal
c. penasihat servis motosikal (service advisor)
d. pengusaha bengkel servis motosikal
e. pengusaha bengkel tayar motosikal
f. pengusaha bengkel elektrik motosikal
g. pengusaha kedai aksesori motosikal
h. pakar pemulihan motosikal (restoration specialist)
i. operator pemasangan motosikal
j. detailing bike wash attendant
k. pemeriksaan motosikal
l. juruteknik elektrik motosikal
m. jurujual motosikal
n. pengusaha E-dagangan automotif
o. insurance Adjuster
p. pengusaha pusat aksesori motosikal
q. pengusaha alat ganti motosikal
r. pengusaha pusat dynamometer motosikal
s. krew sukan permotoran motosikal


Last modified: Tuesday, 27 February 2024, 11:31 AM