MPU13012 PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM disediakan untuk melahirkan warganegara yang faham tasawwur (konsep) Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Perbincangan kursus ini berasaskan kepada konsep-konsep asas Islam, Islam sebagai cara hidup, institusi Islam dan cabaran semasa.

MPU13022 PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL menekankan aspek kerohanian, kemanusiaan dan

kemasyarakatan. Tumpuan khusus akan diberikan dalam aspek pemupukan,

penghayatan dan amalan nilai, moral etika dalam agama tradisi dan adat resam pelbagai

kaum di Malaysia sejajar dengan nilai murni sejagat. Pemupukan dan penghayatan

modul ini akan menyumbang kepada pembentukan insan mulia dan bertanggungjawab

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
SDD30092 ETIKA DALAM MEDIA DIGITAL

Etika Dalam Media Digital merupakan subjek yang memberi pendedahan asas berkaitan

tatacara dan etika media digital yang betul. Penghasilan suatu media digital boleh

mempengaruhi masyarakat serta memberi kesan yang positif dan negatif. Subjek ini

menerangkan konsep dan objektif serta pengetahuan. Mengetahui etika dan kesedaran

digital merangkumi mendapatkan perlindungan data peribadi, mengetahui masalah

kandungan dalam talian, menentusah berita palsu dan menangani jenayah siber atau

penipuan siber

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
STD30084 REKA BENTUK KARAKTER 3D

Kursus Reka Bentuk Karakter 3D ini disediakan untuk mempertingkatkan kecekapan memodel karakter 3D kategori mekanikal dan manusia dengan menggunakan perisian animasi 3D. Pengetahuan tentang anatomi, perkadaran, pergerakan karakter dan kemahiran teknik permodelan 3D ditekankan agar model yang dihasilkan berkualiti untuk produksi animasi 3D yang memenuhi keperluan industri.


STD30113 TEKNIK RENDER DAN PENCAHAYAAN

Kursus ini ditawarkan bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar berkaitan dengan Teknik Render dan Pencahayaan, Pelajar akan didedahkan dengan asas render dan tools yang digunakan untuk membuat proses render objek 3D. Para pelajar juga akan mempelajari teknik-teknik khas rendering serta teknik pencahayaan, asas kamera, sudut pandang dan pergerakan kamera.

STD30103 PORTFOLIO

Kursus ini ditawarkan untuk membantu pelajar mengumpul semula projek-projek terdahulu dalam penyediaan portfolio dan showreel dengan memanfaatkan pelbagai jenis media dan teknologi terkini yang relevan mengikut industri reka bentuk dan kreatif. Selain itu pelajar juga akan diberi pendedahan untuk mempamerkan hasil portfolio masing-masing dalam persembahan akhir.


  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
STD30103 REKA BENTUK PROPS 3D (ORGANIK)

Reka bentuk Props 3D (Organik) merupakan satu subjek yang penting kepada pelajar di mana ia merangkumi definisi props 3D organik, dan juga perbezaan antara props organik dan hard-surface. Ia termasuk latihan menghasilkan reka bentuk props 3D mengikut kategori dengan menggunakan tools dan teknik yang sesuai dalam perisian 3D.