PENGAWAL LOGIK BOLEH ATURCARA

Kursus ini akan memberi pengetahuan asas mengenai sistem kawalan automasi dan asas

pengaturcaraan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Rajah Tangga (Ladder

Diagram) dalam Pengawal Logik Boleh Aturcara/ Programmable Logic Controller (PLC).

Kursus ini akan dilaksanakan secara praktikal dalam melaksanakan aplikasi kawalan

automasi PLC yang ringkas bagi memenuhi keperluan industri.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA mengandungi pembelajaran teori dan

latihan amali bagi melaksanakan kerja – kerja berkaitan pemasangan elektrik mengikut

akta dan garis panduan yang terkini dalam pemasangan domestik. Kursus ini juga

memberi pendedahan kepada penggunaan perkakasan elektrik berdasarkan teknologi

semasa dipasaran.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
LUKISAN TERBANTU KOMPUTER

Lukisan Terbantu Komputer/ Computer Aided Design (CAD) memberi pengetahuan

tentang penggunaan perisian komputer yang boleh digunakan untuk melukis objek

secara 2 dimensi (2D). Penekanan kursus adalah kepada Arahan-arahan Melukis dan

Suntingan (Draw and Editing Commands), serta pemilihan dan pengurusan maklumat

dalam sesuatu lukisan elektrik.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
SISTEM DIGIT

Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang asas sistem nombor dan sistem kod,

logic gate dan rangkaian logik dan aritmetik. Kursus ini juga memberi pendedahan

kepada aplikasi penggunaan litar logik dalam aplikasi sistem digital mudah.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas.

  • Enrolled students: There are no students enrolled in this course.