Kursus berkaitan Sijil PastriPastri

SPT20173 THEORY OF PASTRY KITHCEN OPERATION

Melalui kursus ini pelajar dapat menerangkan teori dan konsep jenis perkhidmatan makanan dan operasi dapur dalam industri hospitaliti. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada keselamatan ruang kerja dan pengurusan amalan hijau di dalam dapur pastri. Pelajar juga akan mengaplikasikan etika kerja berpasukan dan membina resipi standard yang digunapakai di dalam industri makanan.

SPT20103 LAMINATED DOUGH

Melalui kursus ini pelajar dapat mempelajari pengetahuan, peralatan dan teknik lipatan dalam penghasilan produk seperti Puff Pastry, Danish Pastry dan Croissant.

SPT20183 BREAD MAKING

Melalui kursus ini pelajar dapat menerangkan tentang teori dan konsep berkenaan bahan dan peralatan serta fungsi teknik penghasilan roti. Pelajar juga dapat mengaplikasikan pengetahuan bagi pembuatan roti seperti Lean Dough, Crusty Bread dan Specialty Bread. 

SPT20203 CAKE DECORATION
Melalui kursus ini pelajar akan mempelajari konsep hiasan kek bagi memenuhi keperluan kerja berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan diberi pendedahan berkaitan kaedah pengendalian aising krim, mentega dan coklat ganache serta mempelajari kepelbagaian teknik piping, penyaduran(frosting) dan dekorasi kek berdimensi 2D, 3D.
SKU10133 THEORY OF FOOD

Kursus ini memberi tumpuan kepada pemahaman teori memasak  dengan pelbagai teknik dan kaedah memasak. Pelajar akan diberi penerangan berkaitan peralatan, perkakas, teknik memasak, peranan bahan yang digunakan dan hiasan bagi persembahan makanan. Melalui kursus ini juga pelajar akan mempelajari hidangan salad serta sos yang digunakan sebagai pelengkap, jenis stok dan sup.