After Truth

after truth

after truth

by WAN NURSHAFIQA BINTI WAN NAMAT WAN NAMAT BIN WAN MAHMOOD -
Number of replies: 0

Pada pendapat saya, dalam video tersebut jelas bahawa pada zaman sekarang banyak kejadian yang melibatkan penyebaran berita atau maklumat palsu di dunia nyata atau di media sosial. Hal ini telah menyebabkan berlakunya 'information war' antara masyarakat kerana penyebaran berita palsu boleh berlaku pergaduhan dan salah faham tentang maklumat yang disampaikan. Sesetengah orang, sengaja menyebarkan berita dan maklumat palsu untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini membuatkan ramai orang keliru terutamanya ketika melihat berita secara online tentang maklumat yang disampaikan. Terdapat juga orang yang mudah percaya dengan berita palsu tanpa mendapatkan kesahihan daripada pihak yang berwajib. Ini boleh menimbulkan perpecahan antara manusia dan kurang percaya antara satu sama lain.