Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

View

Google Sites adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google, khas bagi tujuan pembangunan dan penerbitan laman web. Laman Google Sites boleh dicapai melalui pautan URL https://sites.google.com atau melalui pautan aplikasi dalam Google Workspace.

1. Pendaftaran Akaun Google

Untuk menggunakan Google Sites. pengguna terlebih dahulu perlu perlu mendaftar dengan akaun Google.


  1. Buka laman URL: sites.google.com

  2. Login ke akaun Google sedia ada. Sekiranya tiada akaun, klik Create Account untuk mencipta akaun baru Google. Proses pendaftaran akaun baru memerlukan pengesahan nombor telefon; Oleh itu pastikan telefon bimbit ada di sebelah anda!

  1. Dashboard Google Sites akan dipaparkan selepas login berjaya. Klik Got It sekiranya popup window seperti di bawah dipaparkan (abaikan URL untuk penggunaan Google Sites klasik).