Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

View

Google Sites adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google, khas bagi tujuan pembangunan dan penerbitan laman web. Laman Google Sites boleh dicapai melalui pautan URL https://sites.google.com atau melalui pautan aplikasi dalam Google Workspace.

2. Pemilihan Tema @ Template

  1. Dashboard Google Sites akan memaparkan template umum termasuk template kosong (blank site) pada muka utama. Selain itu, sekiranya pengguna pernah membangunkan laman web di Google Sites, laman-laman tersebut akan disenaraikan di bahagian bawah dashboard ini.

  1. Klik Template Gallery untuk melihat senarai template laman web yang boleh digunakan (sekiranya perlu)


  1. Anda boleh memilih mana-mana template yang disediakan bagi projek laman web anda atau klik sahaja Blank Site untuk membina laman web dari kosong. Untuk contoh ini, kita akan membina laman web kosong (blank site). Klik Blank site untuk memulakan pembangunan.



  1. Google Sites akan memaparkan laman editor seperti gambar di bawah. Menu utama editor dipaparkan di sebelah kanan window.