Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

View

Google Sites adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google, khas bagi tujuan pembangunan dan penerbitan laman web. Laman Google Sites boleh dicapai melalui pautan URL https://sites.google.com atau melalui pautan aplikasi dalam Google Workspace.

6. Menetapkan Favicon



Favicon ialah gambar ikon yang akan dipaparkan di ruang atas pelayar web semasa melayari sesebuah laman web. Favicon adalah identiti sesebuah laman web; Maka oleh itu kita akan masukkan sebuah gambar iaitu logo yang sama seperti sebelum ini untuk dijadikan sebagai favicon laman web kita.


  1. Klik Edit Logo pada ruang banner.


  1. Klik Upload atau Select pada bahagian Favicon untuk memuat naik gambar.



  1. Klik Insert dan gambar favicon ini akan dipaparkan.

  1. Gambar favicon ini tidak akan kelihatan sekarang (sewaktu proses edit) sebaliknya akan kelihatan apabila laman web diterbitkan kelak.