Pembangunan Laman Web Menggunakan Google Sites

View

Google Sites adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google, khas bagi tujuan pembangunan dan penerbitan laman web. Laman Google Sites boleh dicapai melalui pautan URL https://sites.google.com atau melalui pautan aplikasi dalam Google Workspace.

7. Menambah Halaman Baru

Isi kandungan laman web perlu dipecahkan kepada topik bersesuaian agar mudah dilayari dan difahami strukturnya. Untuk tujuan capaian topik-topik (atau subtopik) tersebut, sebuah menu yang sesuai perlu disediakan.


Menghasilkan menu dan halaman baru menggunakan Google Sites adalah amat mudah. Untuk contoh ini, kita akan menghasilkan 3 laman berikut:

  1. Laman Utama @ Home (yang sudah kita hasilkan sebelum ini)

  2. Produk @ Perkhidmatan

  3. Hubungi Kami


Langkah-langkahnya:

  1. Aktifkan menu Pages. Klik butang + untuk menambah laman.

       4 pilihan jenis laman akan dipaparkan iaitu :

       > New menu section : Bina menu dengan pautan submenu (parent menu)

       > Full page embed : Kepilan laman web luar sebagai kandungan laman web

       > New link : Pautan ke URL laman web 

       > New page : Menghasilkan laman baharu


  1. Pilih New page. Masukkan nama laman dan klik Done.

  1. Pautan menu baru serta sebuah laman baru akan dihasilkan.


  1. Ulangi langkah 1-3 untuk menambah sebuah lagi laman baru.


  1. Untuk contoh ini juga, kita akan masukkan 3 submenu kepada laman ke-2 (Produk Kami). Pergi ke menu 2 dan klik butang


  1. Klik Add subpage


  1. Masukkan nama bagi subpage ini.


  1. Ulangi langkah 5-7 untuk menambah 2 lagi subpages.


  1. Gunakan panduan pada topik Komposisi Muka Laman Web (pada muka surat 7) untuk memasukkan kandungan yang bersesuaian bagi semua pages dan subpages yang telah dihasilkan. Untuk mengubahsuai kandungan laman, klik dahulu pada menu @ submenu untuk mengaktifkan paparannya. Apabila laman menu @ submenu ini dipaparkan, baru proses ubahsuai kandungan boleh dilakukan.