Perancangan Pembangunan Website

View

Apa yang perlu dirancang dan disediakan terlebih dahulu sebelum membangunkan sebuah website.

9. Penyediaan Wireframe, Mockup @ Prototype

Lakaran wireframe (kerangka laman) boleh membantu memberi idea bagi penghasilan reka letak antaramuka laman web yang baik. Wireframe adalah lakaran kasar yang menunjukkan susun atur media-media termasuk teks yang akan digunakan di sesebuah laman web.

web-wireframe

Wireframe tidak memerlukan warna, hanya lakaran hitam putih bagi memberi gambaran bagaimana laman web akan kelihatan dan susun atur yang dicadangkan untuk setiap laman yang terlibat. Penyediaan kepelbagaian susun atur wireframe bagi setiap laman juga adalah amat digalakkan bagi membantu pembangun membuat pilihan susun atur yang dirasakan paling sesuai bagi sesebuah laman web.

wireframe

Setelah lakaran wireframe ini selesai (dipilih dan dipersetujui), langkah seterusnya adalah menghasilkan mockup atau prototype bagi laman web.

Berbeza dengan wireframe, mockup ialah lakaran lebih terperinci yang memuatkan warna, format, dan gambar yang menghampiri gambaran sebenar laman web. Mockup ini seterusnya boleh diubah kepada prototype yang memasukkan semua fungsi pautan, menjadikan laman web ini berfungsi seperti laman web sebenar. Dalam proses prototype, semua menu laman web akan difungsikan bagi memberi gambaran bagaimana laman web berfungsi dan seterusnya mambantu mengesan masalah yang mungkin perlu diperbaiki.

wireframe-mockup-prototype

Bacaan tambahan: https://www.sketch.com/blog/wireframe-vs-mockup-vs-prototype/