Perancangan Pembangunan Website

View

Apa yang perlu dirancang dan disediakan terlebih dahulu sebelum membangunkan sebuah website.

1. Senarai laman

Senaraikan apa yang hendak dipaparkan.

Sama ada laman web ini dibangunkan bagi kegunaan sendiri atau untuk pelanggan, dapatkan dahulu maklumat berkaitan:

  • Tujuan laman web dibangunkan
  • Untuk siapa laman web ini disasarkan
  • Maklumat apa yang hendak dikongsikan
  • Apa yang hendak dicapai

Setelah perkara di atas jelas, dapatkan sebanyak mungkin maklumat, bahan, dan media yang boleh digunakan untuk menyiapkan laman web. Antara media dan bahan yang boleh dikumpulkan adalah:

  • Teks artikel, informasi, blog bagi maklumat yang hendak dikongsikan.
  • gambar-gambar berkaitan
  • klip video atau pautan URL video berkaitan
  • klip audio berkaitan (sekiranya ada)
  • pautan laman web luar yang berkaitan (sekiranya ada)

Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul ini, pecahkan ia kepada tajuk-tajuk serta sub-sub tajuk mengikut kesesuaian (berapa besar informasi yang hendak disampaikan). Berikut adalah contoh tajuk dan subtajuk yang lazim ada pada sesebuah laman web:

  • Muka Utama (home) - 'landing page' atau pengenalan
  • Maklumat syarikat - carta organisasi, objektif, latar belakang, dan sebagainya
  • Perkhidmatan ditawarkan - senarai perkhidmatan, harga perkhidmatan, kedai online, dan lain-lain
  • Informasi tambahan - lain-lain informasi bersesuaian
  • Hubungi - borang pertanyaan, borang maklumbalas, alamat atau peta navigasi syarikat